22 Tahun Jadikan Lubang Pembentung Sebagai Rumah. Ramai TERKEJUT Selepas Lihat Ke Dalam Rumahnya !!! Memang Tak Sangka Betul...

Maria Garcia dan suaminya, Miguel Restrepo, bertemu buat kali pertamanya di kawasan jalanan Medellin, Colombia.

Kedua-duanya sedang berusaha untuk meninggalkan tabiat ketagihan dadah mereka pada masa itu. Hasil dorongan antara satu sama lain, mereka akhirnya berjaya.


Wilayah Medellin merupakan kawasan yang terkenal dengan kegiatan jenayah seperti penyeludupan dadah dan keganasan. 22 tahun sejak pertemuan mereka itu, mereka masih lagi tinggal di dalam lubang pembentungan yang telah menjadi tempat perlindungan mereka sejak itu.

Sewaktu mereka mula bertemu, hidup mereka di ambang kemusnahan yang berpanjangan. Tanpa bantuan wang dan keluarga, mereka menjadikan lubang pembentungan sebagai tempat perlindungan.

Di sinilah mereka membantu satu sama lain untuk meninggalkan tabiat ketagihan dadah mereka dahulu. Walaupun keadaan mereka kini stabil dan bertambah baik…Mereka tetap tidak mahu meninggalkan “rumah” mereka itu. Dan mereka sangat gembira di sana.

09-fixing
04-dog-photos
06-hole
Menurut pasangan tersebut, walaupun kediaman mereka agak berbeza, ianya dilengkapi dengan keperluan asas yang lain. Ianya dilengkapi dengan tenaga elektrik, lampu, pengawal suhu, dan dapur. Malah kediaman mereka turut dilengkapi televisyen. Mereka turut menghiasi rumah mereka pada musim perayaan.
07-best-friend
Lokasi kediaman yang jauh dari kesibukan kota memberikan ketenangan kepada mereka. Anjing peliharaan mereka turut menemani mereka selain dijadikan sebagai “pengawal keselamatan.”
10-angel-light
article-restrepo5-1205
11-ribs

Apabila ditanya sekiranya mereka merancang untuk berpindah, mereka menjelaskan bahawa ianya tidak pernah terlintas di fikiran.

Kehidupan pasangan ini membuktikan bahawa kita tidak memerlukan kehidupan yang mewah atau harta benda yang bertimbun untuk berpuas hati dengan keadaan hidup ini.

Sumber: beritahariani
22 Tahun Jadikan Lubang Pembentung Sebagai Rumah. Ramai TERKEJUT Selepas Lihat Ke Dalam Rumahnya !!! Memang Tak Sangka Betul... 22 Tahun Jadikan Lubang Pembentung Sebagai Rumah. Ramai TERKEJUT Selepas Lihat Ke Dalam Rumahnya !!! Memang Tak Sangka Betul... Reviewed by Unknown on 03:43 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.